Kau dan dia
Dan kerana mengikat ikatan itu harus
Tapi bukan dek oleh kasih dan sayang
Terjalin akibat dari suatu peristiwa
Hanya kau bukanlah pemanis bahagia
Dalam citarasa sebuah keluarga
Senggang waktu bermula
Bila kau dan dia bersua
Ditegur tak ingin, apatah lagi disapa
Jauh lagi mengenal hati budi sesama
Kau dan dia mungkin ada beza
Kau dan dia mungkin bersengketa
Ditambah pula ragam manusia
Tapi kau harus tau
Allah jadikan kita bersaudara
Amarah itu biarlah dari api jadi bara
Yang jadi arang pada akhirnya
Sungguh Nabi itu lebih mulia
Ambillah iktibar darinya
Mungkin kerana terlalu lama kau berdiam dalam luka
Kini kau lebih inginkan kehormatan daripada segalanya
Benar seribu kebaikan tak mampu menutup satu kesalahan
Umpama debu yang menjadi alahan
Selamat bila dijauhi, bahaya bila didekati
Mungkin kau dan dia perlu berpisah seketika
Mungkin kau dan dia perlu masa
Bekalkan secukupnya buat sang jiwa
Santapan Islami buat qalbumu
kata-kata bijaksana buat fikirmu
Agar dapat menghapus sengketa lama
Ya aku bukanlah si baik yang pandai menasihati
Aku hanya ingin melihat kau dan dia baik kembali
Marah hanya membuatmu merugi
Kerana pada akhirnya kita bakal mati
Untuk siapa kita lakukan semua ini
Lakukanlah ikhlas kerana Ilahi
Dan ingatlah wasiat Sang Nabi
" jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara "
Agar kelak kau dan dia akan bahagia.
kalamwarkah / 1 Rabiul Akhir 1436 H / 20:51 /sambil membelek-belek 'Dalam Dekapan Ukhuwah - Salim A. Fillah'

Comments
Post a Comment