Ini Kisah Saya dan Mereka
Salam Eid Mubarak! Taqabbalallahu minna wa minkum :) Semoga ianya masih belum terlambat untuk diucap walau tanggal 1 Syawal sudah pun berlalu....
Bukan ingin bercerita perihal aidilfitri, tapi ini kisah saya dan mereka. Perkataan yang saya sendiri tidak terfikir sewaktu menyampaikan Pesan dan Kesan pada Acara Perpisahan Desa Arpal... Errr.. "Belum pernah saya punya teman seperti kalian". Alhamdulillah, pada mulanya saya akui, bukan senang untuk beradaptasi dengan suatu budaya yang saya sendiri takut untuk alaminya.. namun kerana ianya sebuah kuliah kerja wajib, maka saya gagahi jua.. Bukanlah hanya diri ini sahaja... Seperti teman-teman yang lain, mereka juga punya kisah tersendiri.
Saya, bahkan hari pertama sudah menitiskan air mata di kamar baru itu dengan seorang sahabat yang Allah kurniakan kami duduk dalam tarbiyah, tapi berbeza negara, berbeza bulatan gembira.. Saya sendiri tidak mengerti mengapa hari pertama sudah menangis? Sedangkan saya seharusnya kuat kerana sebelumnya telah pun diberi gambaran bagaimana KKN itu daripada senior.. Tapi memang, saya ini seorang yang lemah pada dasarnya.. Kerana pada waktu itu saya merasakan seolah-olah tidak mampu untuk ber-2 bulan KKN di situ bersama teman-teman baru. Saya belum kenal mereka, kami berbeza fakultas dan ada juga berbeza universitas. Pada waktu itu yang paling saya takuti adalah masalah ikhtilat, adab dan perihal aurat. Tapi, Alhamdulillah, Allah bantu saya....
Yang paling susah sekali adalah untuk menjaga perihal ikhtilat. Kadang-kadang sampai lewat malam pun, kami masih ada rapat (meeting) posko, kerana kebiasaannya hari esok kami ada proker (program kerja), seminar kerja dan lain-lain lagi. Jadi mahu atau tidak, ada yang kadang sampai lewat malam baru kami tidur kerana harus siapkan spanduk, slide untuk proker dan hasil-hasil/data-data untuk proker kami. Jadi amat susah untuk menjaga ikhtilat kerana terkadang ada yang perlu didiskusi bersama teman posko yang lelaki. Tapi Alhamdulillah, kalau saya, sentiasa ditemani dengan teman posko perempuan. Mereka sangat memahami saya. Bahkan bukan mereka saja, teman posko yang lelaki juga ada yang faham saya bagaimana. Yang bukan beragama Islam juga, mereka menghormati saya, banyak kali yang kebiasaannya meeting dimulai setelah kami solat dahulu, dia dahulukan untuk kami solat. Kalau untuk perihal adab dan aurat, Alhamdulillah, diri ini masih punya mereka yang bisa menegur dan menjaga saya. Yakinlah di hati, bahawa Allah sentiasa melihat kita, maka Allah akan menjaga kita. :)
Tatkala bulan Ramadhan menjengah kami, barulah saya mula belajar mengenai mereka. Mengenai karakter mereka. Bagi saya, pengalaman KaKaeNg ini tidak akan dilupakan. Pahit. Manis. Suka. Duka. Tawa. Hiba. Semuanya ada. Posko kami Desa Arungkeke Pallantikang (ARPAL) ada dua buah universitas (UNHAS dan UNM) Siapa sangka, kami boleh berbaik-baik semacam kami ini dah satu universitas. Memang pada awalnya memerlukan waktu untuk membina hubungan, tapi Alhamdulillah semakin hari, semakin rapat. :) Saya juga senang ikut-ikutan program kerja yang mahasiswa UNM buat di Desa kami. Dan... mereka semua ini tak kiralah UNHAS/UNM.. Suka buat saya ketawa.. kata-kata mereka lucu.. Dan juga, kalau saya ketawa, mereka kata saya tidak keluarkan suara (bunyi), jadi mereka istilahkan saya "Vibrate Laughing" [sambil menutup mulut saya]. Kenapa sebelumnya saya kata, "Belum pernah saya punya teman seperti kalian?".. Ya, sebab mereka punya identitas karakter masing-masing yang tak akan saya lupakan. Mereka baik, lucu, unik, aneh dan macam-macam lagi.. hehe :D.. Dan kerana setiap manusia itu berbeza, kita takkan pernah berhenti belajar dari mereka :)
Kalau nak bercerita perihal mereka, tersangatlah banyak. Mungkin jari jemari ini penat untuk menaip.. Hurmm.. saya juga rindu pada warga-warga Desa di sana, mereka sangat peramah, kalau kami lewati mana-mana rumah sewaktu ke masjid atau sewaktu melakukan proker, pasti mereka berkata "Singgah ki ka' ".. Ada Daeng Tinno yang selalu masakkan untuk kami dan kak Ahmad yang paling saya suka, dia ini menderita penyakit pekak, tapi dia ini baik sangat, dan dia mampu menulis! ya menulis dengan abjad.. Dia juga solat... :) Anak-anak SD dan SMP yang sentiasa menyapa kami di mana-mana sahaja kami lewati. Mereka adalah antara pengalaman berharga buat saya. Dengan mereka saya belajar banyak perkara. :) Saya juga belajar bahasa Jeneponto! Le'ba meki ngandre?! Hehe
Saya masih ingat lagi, kata-kata terakhir saya sewaktu menyampaikan pesan dan kesan, "Tidak kiralah di mana kita dicampakkan sekalipun, sungguh rencana Allah itulah yang terindah berbanding perancangan manusia".. Jadi bersyukurlah dan belajarlah dari pengalaman. Ini...Kisah Saya dan.... Mereka ^.^

Assalamulaikum.
ReplyDeleteSyukur, azurin dh lepas tahapan KKN. :)
Memang tak dinafikan, KKN memang byk memberikan kesan meskipun kepada diri saya sendiri. Sama seperti org lain, awal2 memang takut nak berhadapan dengan budaya baru. Tapi Alhamdulillah, selama kita menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita. ^_^
Walaupon bdk non muslim slalu tanya, "Kenapa nda bisa sentuh cewek?" bila dorang cuba nk dekat2, sya terus duduk jauh. Tp, last2 dorang paham n sentiasa jaga jarak dgn saya kalau ktorang ada meeting ke ape.
Kadang2, bile time keluar dgn dorang. Dgr je org azan, dorang akan tanya, "Nak solat dulu ke?" haha. bagus dorang tu :)
Cabarang seterusnya azurin ada di dunia KOAS. Semoga Allah menetapkan hati dan iman kita pada jalanNya. Amin
-JiwaKosong-
Waalaikumsalam w.b.t,
ReplyDeleteAlhamdulillah, setiap org punya kisah mereka trsendiri. Bagaimana mulanya kisah itu tak penting, yg penting bagaimana kita nakkan akhirnya. Alhamdulillah, yg utama sekali mengambil ibrah dari sebuah pengalaman. Kalaupun tak mampu nak tunjukkan da'wah kita melalui kata2, tp sekurangnya dgn qudwah. Moga Allah sntiasa golongkn kita di kalangan hamba-Nya yg bersyukur bila jln ini yg jd pilihan kita :)
Semoga bla dh masuk koas pun, Allah tetapkan hati kita n KEEP HAMASAH! Amin
Jazakallah atas komen anda
Jiwa kosong - dah tahu dah
Waalaikumsalam w.b.t,
ReplyDeleteI Will Remember this moment (hahaha)
berkunjung juga di blog ane ya..
ardicambaya.wordpress.com
iya, insyaAllah. nnt sy kunjungi blogx ardi :)
Delete