Warkah rindu buat adikku sayang
Dalam tawa ada hiba, dalam hiba ada rindu dan dalam rindu ada pilu.
Kali ini, jari jemari saya ini mula menaip bait-bait rindu dan pilu. Dua benda yang subjektif dan umum sekali. Namun saya tujukan dua kata ini pada mereka yang saya sayang kerana Allah. Baru sahaja selesai ditarbiyyah Allah bersama adik-adik, sewaktu pulang ke rumah, perasaan rindu dan pilu menghimpit rasa. Padahal baru sahaja berjumpa mereka, namun rindu itu mula mengenggam setiap inci hati ini, perasaan pilu mula menjengah mengkhabari hati. Ya, pada adik-adik yang akak sayang kerana Allah.
Sudah tiba khidmat pada kudrat badan ini terpanggil untuk memenuhi kebutuhan dunia, menyertai KKN (Kuliah Kerja Nyata) selama dua bulan cukup membuatkan akak merindui adik-adik nanti dan pilu untuk dilepaskan usrah pada tarikh akak akan berangkat ke KKN. Walau cuma 2 bulan, akak akan merindui waktu-waktu kita berbulatan gembira. Namun hal ini bukanlah menjadi penyebab untuk bulatan gembira kita tertunda. Pasti akan diganti dan diisi oleh murabbi yang lain. Agar waktu terluang adik-adik sekurangnya terpenuhi dengan santapan rohani. Ilmu bukan cuma untuk minda namun juga untuk rohani. Bahkan Ilmu juga umpama cahaya, cahaya yang memancar dari dalam menzahirkan hati, menampakkan akhlak. Biarpun adik-adik sudah berada di Malaysia, tidak hanya berbulatan gembira sahaja kita mendapatkan risalah tarbiyyah namun juga melalui pembacaan, setidak-tidaknya mampu mengingatkan kita, "What is the purpose of life?"...
Wahai adik-adikku sayang, doakan akak supaya tetap kuat dan istiqamah dalam menjaga perihal aurat, ikhtilat serta keselamatan diri. Begitu jugalah yang akak harapkan pada adik-adik. Yakinlah sesuatu adik-adik, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik, maka Allah akan datangkan kepada kita yang baik-baik. Bermula dari bangun tidur sehinggalah kita kembali tidur. Berniatlah melakukan sesuatu itu kerana Allah, nescaya Allah akan mempermudahkan urusan kita. Andai ada yang dipinta belum Allah makbulkan, pasti kerana Allah ingin mendengar lebih sungguh lagi doa kita dan pasti ada asbabnya kenapa ia belum termakbul. Betapa pentingnya kita bermuhasabah sebelum dan selepas tidur. Percayalah sayangku, Allah memilih adik-adik di bumi Makassar ini, sejauh mana atau seburuk mana kondisi kita dicampakkan pasti Allah merencanakan sesuatu pengalaman tarbiyyah untuk kita. Jadi, perolehlah sebanyak mana pengalaman tarbiyyah selama adik-adik di Makassar ini. Dan sungguh Allah juga telah mengatur pertemuan kita dalam rangka untuk membina ukhuwah kerana Allah. Maka akak bersyukur kerana Allah pertemukan adik-adik dengan akak.
Membina jambatan hati itu adalah salah satu perkara yang sukar dalam membina ukhuwah sesama manusia, apalagi bila bercakap tentang ukhuwah fillah. Namun setidak-tidaknya, kalau sering diucap di bibir, dilafazkan di kata, ia menjadi suatu doa buat kita. Seluruh isi hati bahkan dunia dan segala isinya pun hanya Allah yang tahu. Sejauh mana rindu akak pada adik-adik, hanya Allah yang tahu. Moga Allah jaga kebersamaan kita, moga Allah melindungi diri kita, moga Allah menjaga kita agar tidak terlepas dari pandangannya, moga Allah sentiasa merahmati adik-adik yang akak sayang kerana Allah.
Ana uhibbuki fillah jiddan jiddan :)
Tim, Syaza, Mimi, Nabilah, Saidah, Lina, Azrin :)
Sebentar lagi, adik-adik bakal mendapat adik-adik junior yang baru. Semoga Allah membantu dan mempermudah urusan adik-adik.
6 Jun 2012 / 16 Rejab 1433H
1:20 a.m / Wisma Jepang

Comments
Post a Comment