Yakinlah pada kekasih hati saya dan juga anda!
Jadilah yang terbaik, nescaya akan datang yang terbaik buat kita!
Salam alay'k! Cerita-cerita dulu kala. Kalau anda perasan, entri post saya selalu dalam bentuk sastera bukan? Kalau tak pantun, puisi. Kalau tak puisi, pantun. Huhh (mengeluh *jgn tiru aksi ini) Hehe.. Rasa macam nak buat karangan je kali ini. Sebenarnya saya bukannya bosan atau malas nak fikir atau juga tak ada idea dah, cuma nak tukar angin je. Tapi hidup kena sentiasa bersyukur, bermula dari saat kita bangun tidur hinggalah kita tidur kembali. Bersyukur kerana Allah ilhamkan saya kata-kata untuk dikongsi pada semua. Semua yang baik itu pasti datangnya dari Yang Maha Esa, dan segala yang buruk itu tentulah dari saya, hamba yang dhaif dan hina ini. Dalam hati, berharap sungguh agar itu menjadi saham akhirat kita bukan. Yelah! Bukan ke ilmu yang bermanfaat itu menjadi bekalan yang mengalir walau jasad kita dah tak berjalan di muka bumi yang kita cinta ini kan. Alamak, panjang pula mukadimah saya ini. Hehe..
Okay, sekarang masuklah inti utama penulisan saya kali ini. Hurm, kalau nak tahu, saya ni suka membaca blog post blogger-blogger yang saya yakin kalau anda duduk dalam D&T anda pasti kenal mereka ini, angelpakaigucci, muharikah, hilal asyraf, aiman azlan dan banyak lagilah kalau nak suruh saya listkan. Huhu, penattt... Nama mereka sentiasa kedengaran di corong-corong bibir mereka yang dahagakan D&T itu. Baiklah, sebenarnya saya bukan nak promot mereka atau nak semua orang tahu siapa mereka, tetapi mereka ini sudah lama dengan D&T. Hurm, pastilah lebih lama dari saya! Saya kenal D&T pun kerana Allah yang mengatur saya, nikmatnya merasa halawatul iman itu kat bumi Makassar ini. Alhamdulillahx3. Jangan lupa untuk puji syukur walau di mana anda berada, selama mana Allah perkenalkan anda dengan D&T itu. Tak kesah kat mana anda sekarang janji anda rasa best duduk dalam bulatan gembira bukan? Dan bertambah best bila rasa bulatan gembira itu wajib bagi anda hatta anda dah bersuami, beristeri, beranak cucu sekalipun. Bagaimana mulanya sebuah kehidupan itu cuma menjadi titik mula, namun pengakhirannya itu yang Allah ambil kira.
Entri saya kali ini, pastilah berkaitan dengan diri saya peribadi. Kalau nak buat karangan panjang ini sebenarnya saya lebih gemar berkongsi al-kisah saya selama berkenalan dengan D&T itu. Menarik dan best jiddan jiddan. Hehe (senyum gigi tersengih-sengih). Nama-nama yang saya tulis tadi itu sebenarnya saya kagum! Kagum pada apa yang Allah kurniakan pada mereka! Bagaimana mereka melayan D&T mereka masing-masing. Punya teknik dan gaya tersendirilah! Suka baca bila mereka menulis! Berbanding diri saya ini, huhh (mengeluh lagi *jgn tiru aksi ini, Allah tak suka!-nak menambah gimik pada entri je, hehe). Kalau bercakap tentang D&T saya dengan kawan-kawan D&T, tersangatlah seeerrrooonnnoookkk.... Kalau mengenai D&T yang saya pegang, saya sentiasa gembira nak jumpa adik-adik, setiap kali nak jumpa, mesti nervous, anxiety, happy, kena mantap dengan persiapan diri dan part yang paling saya suka itu, nak masak apa untuk adik-adik kali ini? Pokoknya, kalau D&T dengan adik-adik yang saya cinta kerana Allah ini, boleh kata hampir setiap hari memikirkan tentang mereka. Tuntasnya, kita kena sentiasa memahami mad'u-mad'u kita. Kena tahu macam mana untuk ambil hati mereka dan kalau boleh kena jadi kekasih mereka juga. Benar, memang susah nak bina jambatan hati itu, tapi dalam sebuah bulatan gembira itu, yang paling dasar sekali adalah siqah dia dengan kita. Andai jambatan hati itu dah bertaut, maka dia akan gembira untuk duduk dalam bulatan gembira yang ada KITA! Indahnya ukhuwah bukan?
Sejauh mana saya berlari menuju mereka, sedalam mana saya menyelam mencapai mereka atau senang cerita, sebesar mana usaha saya untuk ajak mereka kenal D&T sebagusnya, yang membuka hati mereka itu adalah Allah, kekasih hati saya juga anda! Tak lain tak bukan, kita ini hanyalah perantara semata. Namun Allah memilih perantara-perantara-Nya untuk bawa D&T itu. Beruntungnya wahai dai'e di luar sana! Jadi, bagaimana hasilnya kelak, jangan kita persoalkan melainkan cubalah sedaya mungkin. Yang Allah pandang adalah usaha kita, bukan hasilnya. Yang paling utama sekali, kita lakukan semua ini hanya semata kerana Allah, ikhlas kerana-Nya...
Tapi saya yakin dengan kekasih hati saya, bahawa Dia akan memberitahu saya nanti natijahnya bagaimana, setelah berusaha maka berdoa dan bertawakallah. Maka apa yang perlu saya lakukan? Berusahalah sedaya mungkin kendatipun diri bukan lagi di zaman Rasulullah tapi kalau kita perasan kan, zaman itu akan kembali berputar hingga akhirnya menemui kita dengan kondisi yang sama. Selama mana kita tak berputus asa dengan jalan yang kita tuju ini, saya yakin bahawa kekasih hati saya sentiasa menemani untuk saya kuat dan tabah di jalan penuh duri dan onar ini. Teringat akan seungkap kata dari bibir seorang senior sebelum beliau menamatkan pengajiannya di sini, "Yang penting itu adalah prosesnya, natijiahnya itu Dia yang tentukan." Jadi yakinlah wahai dai'e di luar sana bahwa Dia Maha Mengetahui seluruh isi hati dan bumi. Jangan pernah berhenti dari doa kerana doa dan solat itu keterpautan kita dengan Allah. Lagikan pintaan Iblis untuk diberi tangguh hingga kiamat (tujuannya:menyesatkan ummat manusia) sekalipun Allah berikan, apatah lagi hamba-Nya yang sentiasa solat, sujud dan rukuk kepada-Nya. Jadi, kata putus asa itu seharusnya dipadam dari kamus kehidupan kita. Yakinlah, jika kita berusaha untuk jadi yang terbaik, maka Allah akan datangkan yang terbaik buat kita bersinonim dengan kebaikan. InsyaAllah wahai teman-teman yang cintakan D&T! Yakinlah pada kekasih hati saya dan juga anda!
Wallahualam~
Nota kecil:
D&T : Dakwah dan Tarbiyyah
Kekasih hati saya : Allah Azza Wa Jalla
Salam alay'k! Cerita-cerita dulu kala. Kalau anda perasan, entri post saya selalu dalam bentuk sastera bukan? Kalau tak pantun, puisi. Kalau tak puisi, pantun. Huhh (mengeluh *jgn tiru aksi ini) Hehe.. Rasa macam nak buat karangan je kali ini. Sebenarnya saya bukannya bosan atau malas nak fikir atau juga tak ada idea dah, cuma nak tukar angin je. Tapi hidup kena sentiasa bersyukur, bermula dari saat kita bangun tidur hinggalah kita tidur kembali. Bersyukur kerana Allah ilhamkan saya kata-kata untuk dikongsi pada semua. Semua yang baik itu pasti datangnya dari Yang Maha Esa, dan segala yang buruk itu tentulah dari saya, hamba yang dhaif dan hina ini. Dalam hati, berharap sungguh agar itu menjadi saham akhirat kita bukan. Yelah! Bukan ke ilmu yang bermanfaat itu menjadi bekalan yang mengalir walau jasad kita dah tak berjalan di muka bumi yang kita cinta ini kan. Alamak, panjang pula mukadimah saya ini. Hehe..
Okay, sekarang masuklah inti utama penulisan saya kali ini. Hurm, kalau nak tahu, saya ni suka membaca blog post blogger-blogger yang saya yakin kalau anda duduk dalam D&T anda pasti kenal mereka ini, angelpakaigucci, muharikah, hilal asyraf, aiman azlan dan banyak lagilah kalau nak suruh saya listkan. Huhu, penattt... Nama mereka sentiasa kedengaran di corong-corong bibir mereka yang dahagakan D&T itu. Baiklah, sebenarnya saya bukan nak promot mereka atau nak semua orang tahu siapa mereka, tetapi mereka ini sudah lama dengan D&T. Hurm, pastilah lebih lama dari saya! Saya kenal D&T pun kerana Allah yang mengatur saya, nikmatnya merasa halawatul iman itu kat bumi Makassar ini. Alhamdulillahx3. Jangan lupa untuk puji syukur walau di mana anda berada, selama mana Allah perkenalkan anda dengan D&T itu. Tak kesah kat mana anda sekarang janji anda rasa best duduk dalam bulatan gembira bukan? Dan bertambah best bila rasa bulatan gembira itu wajib bagi anda hatta anda dah bersuami, beristeri, beranak cucu sekalipun. Bagaimana mulanya sebuah kehidupan itu cuma menjadi titik mula, namun pengakhirannya itu yang Allah ambil kira.
Entri saya kali ini, pastilah berkaitan dengan diri saya peribadi. Kalau nak buat karangan panjang ini sebenarnya saya lebih gemar berkongsi al-kisah saya selama berkenalan dengan D&T itu. Menarik dan best jiddan jiddan. Hehe (senyum gigi tersengih-sengih). Nama-nama yang saya tulis tadi itu sebenarnya saya kagum! Kagum pada apa yang Allah kurniakan pada mereka! Bagaimana mereka melayan D&T mereka masing-masing. Punya teknik dan gaya tersendirilah! Suka baca bila mereka menulis! Berbanding diri saya ini, huhh (mengeluh lagi *jgn tiru aksi ini, Allah tak suka!-nak menambah gimik pada entri je, hehe). Kalau bercakap tentang D&T saya dengan kawan-kawan D&T, tersangatlah seeerrrooonnnoookkk.... Kalau mengenai D&T yang saya pegang, saya sentiasa gembira nak jumpa adik-adik, setiap kali nak jumpa, mesti nervous, anxiety, happy, kena mantap dengan persiapan diri dan part yang paling saya suka itu, nak masak apa untuk adik-adik kali ini? Pokoknya, kalau D&T dengan adik-adik yang saya cinta kerana Allah ini, boleh kata hampir setiap hari memikirkan tentang mereka. Tuntasnya, kita kena sentiasa memahami mad'u-mad'u kita. Kena tahu macam mana untuk ambil hati mereka dan kalau boleh kena jadi kekasih mereka juga. Benar, memang susah nak bina jambatan hati itu, tapi dalam sebuah bulatan gembira itu, yang paling dasar sekali adalah siqah dia dengan kita. Andai jambatan hati itu dah bertaut, maka dia akan gembira untuk duduk dalam bulatan gembira yang ada KITA! Indahnya ukhuwah bukan?
Kawan/sahabat/teman D&T saya! Adik-adik bulatan gembira yang akak sayang kerana Allah :) Uhibbukum fillah jiddan jiddan ^.^ |
Tapi saya yakin dengan kekasih hati saya, bahawa Dia akan memberitahu saya nanti natijahnya bagaimana, setelah berusaha maka berdoa dan bertawakallah. Maka apa yang perlu saya lakukan? Berusahalah sedaya mungkin kendatipun diri bukan lagi di zaman Rasulullah tapi kalau kita perasan kan, zaman itu akan kembali berputar hingga akhirnya menemui kita dengan kondisi yang sama. Selama mana kita tak berputus asa dengan jalan yang kita tuju ini, saya yakin bahawa kekasih hati saya sentiasa menemani untuk saya kuat dan tabah di jalan penuh duri dan onar ini. Teringat akan seungkap kata dari bibir seorang senior sebelum beliau menamatkan pengajiannya di sini, "Yang penting itu adalah prosesnya, natijiahnya itu Dia yang tentukan." Jadi yakinlah wahai dai'e di luar sana bahwa Dia Maha Mengetahui seluruh isi hati dan bumi. Jangan pernah berhenti dari doa kerana doa dan solat itu keterpautan kita dengan Allah. Lagikan pintaan Iblis untuk diberi tangguh hingga kiamat (tujuannya:menyesatkan ummat manusia) sekalipun Allah berikan, apatah lagi hamba-Nya yang sentiasa solat, sujud dan rukuk kepada-Nya. Jadi, kata putus asa itu seharusnya dipadam dari kamus kehidupan kita. Yakinlah, jika kita berusaha untuk jadi yang terbaik, maka Allah akan datangkan yang terbaik buat kita bersinonim dengan kebaikan. InsyaAllah wahai teman-teman yang cintakan D&T! Yakinlah pada kekasih hati saya dan juga anda!
Wallahualam~
Yang penting itu prosesnya, natijahnya bagaimana kelak Allah tentukan Jadi jangan pernah berhenti berdoa |
~kalamwarkah~
12.55 a.m /1 Rejab 1433 H
Dari meja belajar/wisma jepang Makassar
Nota kecil:
D&T : Dakwah dan Tarbiyyah
Kekasih hati saya : Allah Azza Wa Jalla
Comments
Post a Comment