Dari sebuah keterpaksaan
Terpaksa + Kebiasaan + Bahagia = Pening/Pusing! |
Salam alay'k! Semoga Allah merahmati anda. Meminjam kata-kata di atas dari novel 5 Menara karya A. Fuad. Dari sebuah keterpaksaan tapi lalu menjadi kebiasaan. Dari kebiasaan akhirnya memberikan kebahagiaan - (Ini yang saya tambah sedikit). Pening bukan? Cuba anda teliti dahulu (tik tok tik tok masa berlalu: perah otak). Apa yang boleh anda kaitkan atau simpulkan atau dari setelah penat anda brainstorming, apa yang ada faham? Tunggu-tunggu! Simpan dulu jawapan anda itu!
Sebenarnya, kalau nak difikirkan, banyak sungguh hal-hal yang boleh kita timbulkan dari persoalan di atas. Tapi yang ingin saya tegaskan di sini adalah tentang Bulatan Gumbira yang osem lagi kool tu! Saya yakin pasti ada di kalangan anda yang fikir perkara ini bukan? Alhmdulillah.
Dia yang terpaksa duduk dalam bulatan gembira pada awalnya sudah menjadi kebiasaannya untuk berbulatan gembira setiap hujung minggu atau mungkin lebih hebat beberapa kali seminggu kerana pelbagai faktor, antaranya sebab faktor kawan, sebab hormat, sebab bosan tak buat apa-apa hujung minggu dan banyak lagilah. Kemudian, ianya merasa bahagia setelah sekian lama berbulatan gembira, banyak manfaat pula dilihatnya seperti dari tidak/kurang tahu menjadi tahu, dari tahu menjadi arif dan yang paling penting itu kalau setiap kali berbulatan gembira pasti perutnya kenyang. Murabbinya suka memasak! Enak bukan? Ini tidak mustahil ye, kerana saya juga merasakan perkara yang sama malah saya yakin anda juga merasa perkara yang sama seperti apa yang saya rasa.
Namun bahagia itu bukanlah hanya sampai di situ sahaja. Kebahagiaan sebenar dicapai apabila dia meletakkan Allah pada segala-galanya. Berbulatan gembira kerana Allah! Indahnya! Maka kita akan temui manisnya sebuah kebahagiaan. Merasai manisnya madu, manisnya iman. Beruntungnya mereka! Moga Allah golongkan kita di kalangan mereka... Huhu...
Perihal sebuah bulatan gembira itu memang osem! Bila sebuah keterpaksaan menjadi kebiasaan lalu akhirnya membuahkan kebahagiaan. Semuanya jelas merasa betapa pentingnya untuk kita berbulatan gembira hatta kita belum berkeluarga mahupun sudah berkeluarga. Meskipun begitu, banyak bulatan gembira ini mula diterajui oleh mereka yang bergelar mahasiswa atau remaja! Mereka bertambah dari semasa ke semasa. Mereka kuat dari biasa. Mereka terbilang dan gemilang! Saking (sumber :Bahasa Makassar - bererti Sangat) hebatnya bulatan gembira sekarang sehinggakan tak kurang hebatnya mereka yang mula duduk di bulatan gembira di usia dewasa (boleh jadik 20-an, 30-an, 40-an atau 50-an sekalipun ^^). Wardina Safiyyah telah membuktikannya! Menarik bukan?
Jadi bagaimana pula dengan kita? Kalau mereka merasa, mahukah kita pula yang ketinggalan? Dalam bulatan gembira kita belajar betapa pentingnya untuk kita duduk dalam tarbiyah sentiasa. Kita bimbang kalau sekali Allah terbitkan hidayah dalam hidup kita, namun kita endah dan tepis je hidayah itu, maka Allah tidak akan mencampakkan ia kembali. Jadi kalau begitu, sampai bila kita asyik nak ikut jalan bersimpang-siur walhal jalan menuju Allah itu lurus je bukan?
Sungguh, Islam tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Islam. Jelas pula bahawa tarbiyyah bukanlah segalanya namun segala-galanya boleh diraih dari tarbiyyah! Jadi tunggu apa lagi? Jom berbulatan gembira, nescaya anda akan menemui keterpaksaan di awalnya, kebiasaan di pertengahannya pula hingga akhirnya bahagia pada endingnya!
Wallahualam~
Jom berbulatan gumbira! Pasti anda bertambah osem n kool! ^___^ |
~kalamwarkah~
2 Rejab 1433 H/22 Mei 2012/ 9.33 p.m
tugas IKAKOM/dari meja belajar/wisma jepang
Nota kecil:
bulatan gembira : usrah/liqa'/smart circle
osem dan kool : awesome and cool
Comments
Post a Comment