Menuju Perubahan Yang Pasti...



Resah hati duduk tak tenang,
Begitu banyak aku kehilangan,
Kerna diri semakin menyimpang,
Hanyut dalam alpa duniawi,
Semakin hari semakin tak pasti,
Hidup seakan tak pernah puas,
Meronta meminta pada yang bukan hakiki,
Ingin aku cari sinar kembali,
Sebelum lenyap segalanya di hati.

Sungguh tidak aku mahu bising dalam keheningan,
Biar aku bisu walau dunia dalam keriuhan,
Sungguh tidak aku mahu celik dalam kegelapan,
Biar aku buta walau dunia itu cerah,
Kini aku sedar penat menanggung derita,
Pada sesuatu yang bukan aku miliki,
Demikian aku pohon tenangkan hati yang gundah,
Layarkan cintaku dalam mencari redha-Mu,
Kerna ku tahu indahnya menginsafi diri.

Semoga perjalananku ini menjadi saksi,
Untuk aku lewati jalan yang Engkau redhai,
Walau sepi tiada berteman,
Cukuplah Engkau sentiasa di sisi,
Menjadi pelengkap diri ini,
Menuju aku pada yang abadi,
Pada fitrahku jua,
Kini aku kembali.



~kalamwarkah~

Comments

Popular Posts