Pena Hati
Apa khabar iman?
Bagaimana hari ini?
Aku lihat hati ini mengulit diri keasingan,
Aku lihat hati ini meratapi nasib dirinya,
Aku lihat hati ini sengsara kerana rapuhnya iman,
Membiar diri menyimpan di hati,
Demikian,
Hari ini aku tewas!
Ya aku tewas!
Tewas pada dia yang membisikkan hatiku lalai,
Sedarlah duhai hati,
Aku tak mungkin mampu bersendirian,
Juga tak mampu ku luahkan dengan kata,
Bukan aku ingin terasing,
Namun kerana lemahnya iman,
Aku terkapai pada duniaku sendirian,
Bersegeralah duhai hati,
Bersihkan hati menyuci diri,
Pohonlah pada Yang Maha Esa.
Bagaimana hari ini?
Aku lihat hati ini mengulit diri keasingan,
Aku lihat hati ini meratapi nasib dirinya,
Aku lihat hati ini sengsara kerana rapuhnya iman,
Membiar diri menyimpan di hati,
Demikian,
Hari ini aku tewas!
Ya aku tewas!
Tewas pada dia yang membisikkan hatiku lalai,
Sedarlah duhai hati,
Aku tak mungkin mampu bersendirian,
Juga tak mampu ku luahkan dengan kata,
Bukan aku ingin terasing,
Namun kerana lemahnya iman,
Aku terkapai pada duniaku sendirian,
Bersegeralah duhai hati,
Bersihkan hati menyuci diri,
Pohonlah pada Yang Maha Esa.
Wahai Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati,
Berilah aku ketinggian iman juga ketetapan hati dalam Agama-Mu,
Pimpinlah aku di atas jalan-Mu Yang Satu,
Andai ada tersasar luruskan aku kembali,
Demikian ku mohon kuatkanlah hatiku Ya Rabbi, tabahkanlah...
~kalamwarkah~
"walau remuk hati dilukai...bentukla semula"
ReplyDeleteinsyaAllah, akak, nasehatkn lh sy bila sy prlu dn mmg prlu.. ^^
ReplyDelete