Semakin Hari Semakin Tidak Pasti


Andai diri penat melawan arus duniawi,
Andai diri terasa berat mengikut rentak semasa,
Andai diri lelah meredah ranjau masalah,
Andai diri mengah mencari kekurangan,
Andai diri lesu mencari jawapan,
Yakinlah duhai hati,
Berbatu jauh perjalanan engkau tempuhi,
Semakin hari semakin tidak pasti,
Namun seribu satu pengalaman engkau perolehi,
Itulah dia rencana indah Illahi.


~kalamwarkah~

Comments

Popular Posts