Warkah Cinta Teragung


Andai aku bisa,
Ingin sahaja aku karang,
Sebuah nukilan cinta,
Demi rasa kasih dan sayang.

Bersama tinta emas,
Ku coretkan pada warkah,
Warkah berlagu rindu,
Ku selitkan sekuntum bunga,
Kian mekar bersama harumannya,
Semekar cintaku pada-Mu.

Nukilanku ini hanya pada kasih Yang Satu,
Ku dambakan cinta dan perhatian-Nya,
Kerana aku lemah tak bermaya,
Kekuatanku hanya setelah disaluti doa-Mu,
Keikhlasanku hanya semata buat diri-Mu,
Ketaatanku hanya pada kasih cinta-Mu,
Kerinduanku hanya tulus suci buat-Mu,
Demi menggapai cinta tertinggi,
Cinta yang tiada noktahnya.

Kiranya aku ingin,
Coretan dikirku buat kasih yang setia,
Benar pada kasih yang setia,
Dikala aku hilang arah,
Dikala aku putus asa,
Dikala aku sepi menyendiri,
Hanya Dia,
Dia setia menemaniku,
Demikian tawadukku hanya pada-Nya,
Dengan sebulat hati ini,
Demi menuju an-nur Yang Satu.

Andai sahaja aku bisa,
Kiriman warkah ini ingin ku utuskan,
Buat kekasih yang utuh di hatiku,
Sebagai titipan cinta buat-Mu,
Berserta doaku,
Biarlah setiap kerlipan mata,
Setiap hembusan nafas,
Setiap detik ini,

Tetapan hati ini hanya milik-Mu,
Ku mohon menjadi perindu cinta-Mu,
Cinta hakikiku,
Kembali aku pada fitrahku,
Yakni cinta Illahi.


Demikianlah cinta manusia cinta duniawi,
Hanya cinta Yang Maha Esa cinta hakiki,
Jadi cintailah ukhrawi,
Layarlah bersama bahtera iman dan taqwa,
Ibarat musafir di perjalanan,
Berhenti pada singgahsana yang tidak kekal,
Mengumpul segala amal kerana,
Dunia umpama tempat membina akhirat.



~kalamwarkah~

Comments

  1. mcm sesuai utk akk n perlu utk akk ni!!!thanks win,buat penguat diri...i LUV AllAH.

    ReplyDelete
  2. Chantek!!!
    Azurin, kat sane cane?? Kat paper bace mcm huru-hara je sal yang anti Malaysia tu... Effect tak???

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Chantek!!!
    Azurin, kat sane cane?? Kat paper bace mcm huru-hara je sal yang anti Malaysia tu... Effect tak???

    ReplyDelete
  5. kak tim, insyaAllah, sama2 lah kta mentarbiyah hati mnuju hanya pd cinta-Nya :)

    ReplyDelete
  6. sofia, alhamdulillah, sni ok je. tk de sgt psl isu tu, kalu kat bndr2 besar tu mmg. kat sni tk kuat sgt effect die. kmi smua stakat ni alhamdulillah :) thx 4 ur concern my dear friend.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts