Syawalnya Masih Terasa

Dinginnya Syawal meresap diri,
Alunan takbir memuji Illahi,
Bermaaf-maafan sesama sendiri,
Supaya terlerai salah di hati.

Biru, merah, kuning semuanya pelangi,
Tema warna pilihan di hati,
Tidak kira walau di mana diri,
Ziarah-menziarahi itulah adat kami.

Bertungkus-lumus ibu di pagi hari,
Bersama kakak dan adik masak sendiri,
Rendang, lemang dan ketupat sama dirasai,
Beraneka juadah di Aidilfitri.

Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak semua dicari,
Menjadi rebutan di pagi hari,
Bersampul hijau dalamnya terisi,
Hanya duit raya bertakhta di hati.

Dahulu main masak itu masak ini,
Sekarang semua sudah ke universiti,
Teman yang lama jangan dilupai,
Biar hanya SMS pengganti diri.

Mereka di Malaysia sentiasa dirindui,
Itulah keluarga penguat hati,
Kiriman kad raya menjadi lumrah diri,
Tanda ingatan di sanubari.

Kemenara gading ilmu didaki,
Pesan ayah bonda menjadi pedoman diri,
Yang jauh sering diingati,
Yang dekat pula dikasihi.

Syawal belum berlalu pergi,
Buat semua yang mengenal diri,
Mohon maaf tulus dari hati,
Selamat Aidilfitri diucap kembali.



11 Syawal 1431 Hijrah - Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia
Dari anak perantau :)

~kalamwarkah~

Comments

  1. waahH gitu. hehe. akk sukeee... ^^,
    boleh la letak kat ipem ;) =)

    *abis la awin..ada peminat setia karya awak dah la lepas ni...* (takut tak..hehe)

    ReplyDelete
  2. kak fi hihi.. ^^,
    sy suka akak sukeeee :)

    sy bknnya pandai sgt la akak. blum mahir lagi.
    akak2 smua lg hebat dr sy, lg byk pglaman. ^_^

    *hurm. ye ke sy ad pminat setia...waaahhh mcm tk prcaye je. hurm... agk2 sape lh eh?? >_<

    ReplyDelete
  3. kak tim...... ^^,

    bila sy berceloteh... >_<
    hehhe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts