Hujan Sebalik Awan

~ Over the rainbow ~


Apakah hujan di sebalik awan?
Awan hitam di langit tinggi,
Ku lihat kepul-kepul ia berselerakan,
Umpama hari hendak hujan,
Menjelma ia hampir setiap dinihari,
Bumi Makassar ini menjadi saksi.

Tum! Tum! Tum! kedengaran di langit,
Lantunan guruh bagai berteriakan sana sini,
Hilang tawa sang anak diam menangis,
Kain jemuran cepat pula dicapai si ibu,
Ku lihat hujan rintik mula menjengah lantai,
Selang beberapa detik,
Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi,
Terpaku aku melihat kebesaran-Nya,
Duhai hati berkata,
"Bilakah hujan kan berhenti?"
Lupa aku bahawa hujan itu rahmat Allah,
Rahmat kurniaan Yang Maha Esa.

Tika masa berlalu pergi,
Bunyi hujan mulai samar kedengaran,
Cepat-cepat ku buka jendela rumah,
Bayangnya hilang dari pandangan,
"Subhanallah!", ucapku seraya melihat,
Di langit Allah tersergam indah si PELANGI,
Di langit biru ia berwarna-warni,
Senja itu ia menghiasi.




Kadang Allah hilangkan sekejap matahari,
DIA datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI indah.


~kalamwarkah~

Comments

  1. suke! good! impressive!
    4.5 stars!
    lagi lagi lagi azurin! :D

    ReplyDelete
  2. huhu, kak iman. malunya sy. huhu.

    sy tk pndai lg akak. sy bdk bru blja :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts