Tidak Terniat di Hati
Luahan hati ini cuma kecewa atas sikap beberapa individu. Mungkin kami silap, oleh itu kami mohon maaf jika apa yang kami lakukan telah membuatkan kalian terpaksa bersusah-payah ketika berada di sana. Saya tidak kisah kalau hendak menceritakan apa yang kita rasa betul atau tidak cuma diharapkan tidak perlulah untuk kita menyatakan nama-nama mereka yang bagi kita, mereka salah. Mungkin bagi kita itu cumalah satu cerita untuk kita kongsikan bersama teman lain tapi dalam tidak sedar kita sudah menunding jari kepada orang walaupun kita memang betul, sehingga menyebabkan aib orang lain jika dengar hanya kepada satu pihak sehaja. Aib itu kan sebolehnya-bolehnya harus kita lindung dan tutup melainkan atas tujuan untuk memberi pengajaran. Tapi bagi saya tidak perlu untuk menyatakan nama. Tambah pula kita adalah satu ummah, satu muslimah. Siapa lagi yang kita harapkan pertolongan melainkan kepada teman muslimah itu sendiri.
Seboleh-bolehnya sebelum menulis apa-apa yang bimbang boleh menjatuhkan aib orang perlu kita sedar dan tanya dahulu kepada dia secara diam-diam tanpa pengetahuan orang lain tentang apa yang menyebabkan perkara ini terjadi, apa yang menyebabkan timbulnya susah payah yang terpaksa kalian tempuhi. Mungkin tidak terniat di hati dia malah mungkin dia terpaksa melakukan atas dasar untuk keselamatan kerana saya sendiri tahu dan saya juga bersama dia. Mungkin juga tidak terniat di hati kalian untuk menulis cuma sekadar cerita untuk dikongsikan. Mungkin kadang kita juga belum sedar atau lalai dengan silap ini. Jadi mungkin tiada yang salah dan tiada yang betul dalam hal ini. Tanpa teguran kita tidak akan berusaha untuk maju kehadapan jika segalanya hanya pujian. Tapi nasihat saya tidak perlulah kepada sindiran. Cuma sedikit kecewa kenapa perkara begini boleh juga terjadi. Oleh itu, di sini ingin saya mohon maaf atas kesalahan kami sehingga terpaksa menyebabkan kalian besusah payah. Mohon maaf jika membuatkan sakit hati pada kalian atas kecuaian kami. Namun dari segi positif kita bolehlah nilai sendiri bahawa setiap pengalaman yang kita hadapi itu adalah sebagai langkah ke arah kedewasaan. Mungkin juga lebih indah kalau kita sentiasa bersangka baik yakni sikap 'husnuzhon'. Semoga coretan ini sentiasa mengingatkan diri saya supaya jangan terburu-buru dalam sesuatu hal dan jagalah setiap kelakuan dan perbuatan diri. Diharap Allah sentiasa melindungi kita dan meletakkan segala gerak-geri kita di bawah jagaan-Nya. InsyaAllah.
Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Q.S Al-Hujuraat : 6
~“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”~

Comments
Post a Comment