Iftar Anak Yatim Ulul Albab
Jam di tangan menunjukkan hampir 3 petang. Aku bersama teman bergegas menuruni anak tangga rumah lalu menaiki angkutan kota. Sebelum ke rusun, kami singgah ke Top Mode membeli sesuatu buat mereka yang menanti kami di sana. Sampai ke rusun, kami solat berjemaah kemudian menanti pengangkutan ke destinasi yang dituju. Bersama adik-adik junior, semuanya berpakaian kemas dan ada yang tidak sabar dengan program anjuran PKPMI kali ini. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Setibanya kami di sana, aku lihat tiada seorang pun dewasa yang menyambut kami namun kedatangan kami dimeriahkan dengan gelak tawa anak-anak yang dikasihi Allah itu. Lantas aku mendekati mereka lalu kuhulurkan tanganku. Cepat-cepat mereka capai dan sambut salamku. Mereka di sini kurang lebih dalam 40 orang. Ada di antara mereka yang bersaudara. Namun, rata-ratanya anak kecil dan hanya sebilangan sahaja yang agak dewasa seumur belasan tahun. Mereka ibarat saudara-saudaraku yang sudah lama aku kenali.
Hati ini tidak sebak melihat mereka namun gembira kerana Allah memberi aku peluang untuk berbuka puasa bersama mereka yang serba kekurangan. Kami di sini atas niat yang sama demi mengeratkan ukhuwah kerana Allah di samping menyelami sendiri situasi mereka. Program ini bukanlah kali pertama yang diadakan namun sudah yang keberapa kali kerana ianya adalah program turun-temurun dicontohkan oleh senior-senior alumni kami di sini. Seperti tahun lepas, keadaan mereka di sini jauh lebih baik dari rumah anak yatim yang lepas. Aku menghela nafas kerana sekurang-kurangnya masih ada lagi segolongan insan yang merasa tanggungjawab itu.
Tiba-tiba, kedengaran tangisan esak yang perlahan, di sampingku semuanya junior. Rupa-rupanya tangisan itu milik Azureen (nama yang hampir sama) junior 2010. Tidak kusangka kerana dia seorang yang suka bercakap dan agak main-main namun baik orangnya. Boleh aku andaikan dia antara junior yang baik dengan aku dan beberapa teman kerana kami yang uruskan mereka sempena sambutan junior baru 2010 baru-baru ini.
Aku tanyakan duhai hati itu,
"Kenapa nangis Azureen?"
Kenapa mereka anak yatim?! Lain kalau di Malaysia," jawabnya.
Lantas aku berkata,
"Jangan macam ni Azureen, ni cuma sebahagian sahaja yang awak nampak kat sini. Awak kena kuat, lepas ni banyak lagi yang awak akan jumpa, banyak lagi mereka yang lebih daif dari mereka di sini. Awak kena kuat kerana nanti kalau mereka lihat awak menangis mereka lagi lemah. Mereka tidak perlukan simpati kita namun sokongan sebaliknya. Awak tak boleh nangis tapi bagilah mereka nasihat yang membina dan dengarlah luahan mereka semampu awak. Bantulah mereka sedaya awak. InsyaAllah. Allah pasti bersama kita."
Sedikit perbualan kami. Namun aku bersyukur pada Illahi kerana terbit jua sifat insan dalam hati. Moga Allah mendekatkan dia kepada-Nya. Aku sendiri masih banyak yang perlu aku lalui. Mampukah aku? Mampukah aku secekal Nabi Muhammad ketika menyampaikan dakwah Islam? Mampukah aku setabah Abu Bakar yang setia bersama Rasulullah?.
Nanti bila tiba waktunya, aku harap amanah itu aku pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan kupohon Allah lancarkan segala-galanya dengan tujuan itu. Tujuan ke arah tanggungjawab kita mendidik mereka menuju Islam Ad-Din kerana tarbiyah Islamiyah itu penting. Bagiku amanah ini bukan sesuatu yang mudah kerana tidak berpengalaman namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya apabila ditanya Allah s.w.t di akhirat kelak,
-Apa yang telah engkau sumbangkan pada ummahmu?-
Aku tahu apa yang akan aku jawab walau sedikit dan aku pohon supaya Allah sentiasa ikhlaskan hati ini dan hanya kepada DIA aku berserah.
Inayah nama diberi,
10 tahun ia kurniaan Illahi,
kecil susuk badannya namun kuat azam di hati,
seorang doktor itulah cita-citanya di kemudian hari.

selamat hari raya
ReplyDeleteslmt hri raya jg.
ReplyDelete