Sayang mereka kerana Allah...
Setiap ujian yg Allah datangkn itu merupakn tarbiyyah pada diri supaya sentiasa bersedia untuk masa hadapan, supaya di kemudian hari apabila ditimpa ujian yang sama, aku dapat mencari penyelesaiannya dalam keadaan aku betul-betul bersedia dan tiba masanya untuk aku megorak langkah ke arah kedewasaan.
Mengadukan soalan dan permasalahan yang sama kepada individu yang berbeza dalam memberi pandangan dan pendapat namun kadang setiap pandangan orang itu berbeza walaupun diajukan soalan yang sama. Ibarat 1 soalan beserta 1000 jawapan. Bagiku setiap pandangan itu tiada yang salah. Cuma pada kita terletaknya semua pilihan utk terapan diri. Aku mula menilai pandangan dan fikiran seseorang itu dengan pandangan yang mereka utarakan dalam menilai sesuatu masalah. Melalui itu, aku mula melihat dunia luar dan musibah yang datang kepadaku sebagai satu ujian untuk aku cuba mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
Dan betapa aku bersyukur kepada Allah di atas kurniaan mereka kepadaku, mengenali mereka aku mula melangkah lebih jauh, dan bersama mereka aku menempuh perjuangan yang sama. Di jalan Allah persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu, namun semuanya milik Allah semata-mata dan tiada sangkalan pada qadar dan qada'-Nya. Umpama harga dan nilai sebuah persahabatan di jalan Allah itu tak ternilai manisnya pengalaman dan pengorbanan.
biru dan merah jambu
Sahabat,
Ayuh bersama melakar awan mimpi,
Ibarat angin bayu menggoncang pepohon redup,
Berpayungkan bawah redha Illahi,
Demi kecapi kesejahteraan hidup,
Ayuh bersama berpimpin tangan,
Memegang erat panji Islam,
Ukhuwwah fillah menjadi pegangan,
Membangkit semula sejarah Tamadun Islam.
Comments
Post a Comment