Bagiku, setiap hari adalah Hari Ibu.
Umi,
yang mereka kenali,
dengan nama Wan Maimunah Aizan,
tatkala engkau membanting tulang,
tidak kira di tempat kerjamu dahulu,
dan juga di rumah hinggalah sekarang,
melakukan semuanya demi kesenangan anak-anakmu,
tanpa mengenal erti penat dan lelah,
dan engkau tidak pernah merungut walau sekalipun,
kerana engkau sudah terbiasa sejak dahulu,
kami anak-anakmu ke sekolah,
menimba ilmu hingga ke menara gading,
itu yang engkau inginkan,
melihat anak-anakmu,
supaya semuanya beruniform dikemudian hari.
Umi,
jika diceritakan kisah lalumu kepada kami,
sedih menyelubungi rasa di hati,
namun tidak pernah aku titiskan air mata,
walhal waktu kecilmu dahulu,
ibarat langit dan bumi,
berbeza dengan keadaan kami sekarang,
tapi,
berada jauh di perantauan orang,
terasa kosong dan sunyi di hati,
kesunyian itu,
lantas mengingatku aku kepada,
yang Maha Kuasa,
engkau jua sentiasa ingati aku,
menyedarkan aku,
memberiku semangat,
tika aku disini,
supaya banyakkan beribadat,
aku menginsafi diri ini,
supaya tinggalkan hari semalam,
hari yang luka,
doaku pada Yang Esa,
permudahkan urusan hamba-Mu ini disini,
lancarkan segala-galanya,
dan tidak pernah aku lupa,
mendoakan kesejahteraanmu,
di kampung halamanku,
kerana sesungguhnya,
aku rasakan rinduku padamu,
semakin hari semakin dalam,
apabila ku hayati semula kisah lalumu,
kini air mataku jatuh menyembah bumi,
betapa aku mensyukuri nikmat Allah,
kerana engkau ratu hatiku.
Umi,
ampunikanlah aku,
jika selama ini,
terguris di hatimu,
kerana aku hanyalah insan yang lemah,
kerana manusia pasti jatuh dengan hasutan syaitan,
melainkan mereka yang betul beriman kepada Allah dan rasul-Nya,
kerana dahulu aku naif,
dan mudah terpengaruh dalam melakukan sesuatu,
kerana doa ibu adalah doa mustajab,
kerana bagi anak-anaknya,
syurga di bawah telapak kakinya,
cuma berbeza dengan anak perempuanmu,
apabila mereka berumah tangga,
oleh yang demikian,
doakanlah aku,
wahai ibu yang aku kasihi,
supaya menjadi anakmu yang solehah,
kelak aku ingin berjumpa denganmu di syurga Firdaus.
Ya Allah,
Ar-Rahman Ar-Rahim,
Ampunilah segala dosanya,
aku mencintainya sepenuh hatiku,
di sini lah aku,
berada di perantauan,
mendoakan kesejahteraanmu sentiasa,
di sana lah engkau,
memenuhi tanggungjawabmu,
sebagai seorang isteri dan juga ibu,
tidak sabar rasanya ingin berada di pangkuanmu,
ingin aku pelukmu erat tika kita bertemu nanti,
moga niatku ini,
Allah penuhi,
pasti dengan izin Allah,
amin,
insyaAllah.
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya tentang itu, maka janganlah kamu menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Luqman 14-15)

i luv my mum tooooo=)
ReplyDelete